Wednesday, November 15, 2017

Contoh Menjawab Soalan P3 2017

1. a) Apakah yang dimaksudkan ekosistem buatan? [3]
- Sebuah persekitaran yang terdiri daripada interaksi antara unsur biotik dan unsur abiotik yang dikawal oleh manusia.
     b) Bagaimanakah sesebuah ekosistem semula jadi boleh bertukar kepada ekosistem buatan? [3]
- sebuah tasik semula jadi yang dijadikan sebuah taman tema air. Punca atau sumber air akan diubah dari sungai atau dari air hujan kepada sumber air paip.
- Sebuah tasik atau paya semula jadi dijadikan kolam akuakultur. Hidupan akuatik kawasan tasik yang asal seperti toman atau haruan akan dituba dan digantikan dengan spesies ikan ternakan seperti keli, ikan patin dan sebagainya.
- Kawasan hutan primer ditebang untuk dijadikan kawasan ladang pertanian seperti ladang getah atau kelapa sawit. Spesies pokok asal seperti Meranti, balau, keruing, kedondon dan sebagainya digantikan dengan pokok getah atau kelapa sawit.
- Kawasan hutan ditebang untuk pembinaan atau perluasan sebuah kawasan bandar.
     c) Huraikan dua kepentingan ekosistem hutan kepada aktiviti manusia. [4]
- Pembalakan. Pelbagai spesies tumbuhan semula jadi seperti Meranti, keruing, balau dan pokok Seraya ditebang untuk dijadikan kayu balak.
- Perburuan. Hutan hujan tropika yang kaya dengan spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, pelanduk, kambing gurun, ayam hutan dan landak diburu untuk makanan. Sesetengah spesies pula diburu untuk dijadikan barang perhiasan seperti harimau, gajah dan badak sumbu.
- Bekalan ubatan tradisional.
- Pelancongan. Ekopelancongan kawasan hutan simpan seperti di Taman Negara.
2. a) Huraikan interaksi antara sistem hidrosfera dengan sistem litosfera di kawasan pinggir pantai. [2]
- pinggir pantai yang berpasir menggalakkan infiltrasi air hujan.
- Hujan yang lebat yang menyebabkan banjir akan menggalakkan proses hakisan dan meningkatkan kadar pemendapan di kawasan paya bakau.
    b) Jelaskan dua kesan peningkatan kadar hakisan pinggir pantai terhadap kepelbagaian biologi. [4]
(i) Peningkatan hakisan pinggir pantai boleh menumbangkan pokok ru atau pokok bakau. Ini akan menjejaskan habitat flora dan fauna. Telur-telur hidupan akuatik yang melekat pada akar pokok bakau akan dihanyutkan oleh ombak.
(ii) Pokok bakau yang ditumbangkan oleh hakisan pantai akan menjejaskan rantaian makanan kepada pelbagai spesies fauna yang bergantung hidup dengan mencari makanan di kawasan ekosistem paya bakau.
    c) Cadangkan dua langkah pemuliharaan kawasan pantai yang mengalami hakisan. [4]
        (i) Langkah pemupukan pantai. Kawasan pantai yang mengalami hakisan ditambak semula dengan pasir sungai atau pasir pantai dari kawasan lain untuk meninggikan semula kawasan pantai tersebut.
        (ii) Penanaman semula pokok bakau atau pokok ru di kawasan pinggir pantai agar akar pokok bakau atau pokok ru dapat memerangkap semula bahan hakisan dan menggalakkan pemendapan.
        (iii) Kempen dan pendidikan. Untuk menimbulkan kesedaran pentingnya mengurangkan hakisan pinggir pantai kepada masyarakat. Contohnya melalui kempen menanam semula pokok bakau.

No comments:

Post a Comment